Isnin, 28 Februari 2011

Kelik Klate


Makan time di Tanjung Lumpur




sotong Bakar Petai

Lala Masak Halia


Kailan Ikan Masin

Ikan Kerapu Masam Manis






Buah Ara

Tengah Setting Batang Pancing


Dua Pasang Angsa

Anak Itik

Kandang Kambing Ayah





Trektar





Basikal Baru, Pemberian atuk









Dah lama mama tak update blog mama ni, sebab mama sekeluarga pulang ke kg Abah di Ketereh Kelantan bersama anak-anak tersayang. Paling gembira selain Abah, Alif la sebab di Kelantan macam-macam Alif boleh lalukan aktiviti. Maklumlah umah Mek ni mcm mini zoo, ade kambing, itik, angsa dan ayam.. itupun lembu dah habis di jual, kalau tak lagi la meriah binatang belakang umah mek tu. Kami bertolak dari Mersing jam 4.00 ptg, singgah di Tanjung Lumpur Kuantan untuk mengisi perut yang lapar kira-kira jam 6.30 ptg, memang rambang mata melihat pelbagai jenis seafood yang segar dan besar saiznya, mama lupa pula nak snap pic masa kat situ, yang ade pic makanan yang dh ready je... bertemankan pantai yang indah, kami menjamu selera dengan jayanya.. masakan pun sedap, tempat pun bersih dan paling bagus servis yang pantas, tak sampai 15mnt semua hidangan dh ready.. jarang la mama pergi mana-mana kedai yang cepat betul memasak, paling awal pun dapat serve makanan dalam masa 30 minit. Perjalanan diteruskan, Abah bawak slow2 je pasal tak ade ape yang nk kejarkan, setelah puas mama dan anak-anak tidur bangun tido bangun dalam kereta, kami akhirnya tiba di halaman umah mek jam 12.30 mlm. Penat sungguh, tapi seronok, pelbagai peristiwa dilalui di kampung, antaranya Mek buat kenduri arwah dan maulidur rasul. Terkorban la seekor kambing pada hari tu. Selama 4 hari kami berada di kampng, kami akhirnya pulang ke semula ke Mersing pada hari Ahad 27.02.2011. yang paling happy Alif dan Qistina kerana dapat hadiah dari basikal dari atuk.. terima kasih atuk, nanti kami pulang lagi.

Sabtu, 19 Februari 2011

PENAT NYER!!!!

Hari ni mama bangun pagi2 lagi sebab kene ke opis nk settlekan program '5S'. Pada korang yang tak faham ape benda la 5s tu just forget je la...sebab nk cerita pun panjang la sgt.. bangun dan siap mandi mama tengok my lil princess dan bangun jgk sambil tersengeh je atas katil.. she say.. "mama nk ikut".. alahai cian betul mama tengok, tu la mama ni, weekend pun kene working.. herm. xpe la, ma pun siap2 kan Qistina and terus ke pasar beli ikan kaci, kepah dan pucuk paku..geram tengok  ikan2 kat pasar tadi.. agaknya tengkujuh dan berlalu, jadi nelayan pun dan boleh tangkap ikan di laut dalam.. semua segar2 dan besar2 je. Lepas tu mama terus beli breakfast untuk Alif dan abah yang masih dibuai mimpi kat umah tu..nasi dagang dan kuih keria, dalam keta Qis siap bagi tau lagi..."mama, adik nak duduk kat umah je la" sambil mulut dia penuh ngan kuih keria tu... heheh.. cuit je tengok, "nk tengok tv ngan Along", dalam hati mama, uhh.. lega xpayah la bawak Qis ke pejabat, klu tak, xboleh la mama nak siapkan keje mama ngan cepat...kesian jugak sebab kene tinggalkan anak-anak mama di pagi sabtu ni..tp lega la, sb abah yang jaga. Kalau kene antar kat taska mama xsampai hati la... ok la, ptg karang lepas balik keje, mama nak reka-reka makanan yang special untuk anak-anak mama..

Rabu, 16 Februari 2011

YANG BEST !!!!



Hari ni best sangat sebab mama cuti kerje.. sambil-sambil nk settle kan roadtax kereta, dan beberapa pekara lain, mama sempat jgk menjengah kedai majalah kat sebelah bank tu je, tengok punya tengok, mama terlihat majalah RASA yang memang dh lama xbeli.. tajuk pun best "100 SELERA ANAK SARAPAN KE MALAM.. lagi pun mama memang dh kering idea nk sediakan menu buat putera puteri mama ni tiap kali hujung minggu tiba...jd tanpa berlengah mama terus ambil dan bayar malajah tu. Semoga dengan adanya majalah Rasa keluaran Januari ni, dapatlah mama menambah inspirasi dalam menyediakan makanan anak-anak mama.

Isnin, 7 Februari 2011

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Blog ni di dedikasikan daripada semua resepi yang pernah mama cuba dan rasa sedap serta mengandungi bahan yang mudah dan senang didapati... hobi memasak wujud setelah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Melihat anak-anak yang kian membesar dan berselera menjamah apa jua jenis makanan membuatkan mama sering mencuba pelbagai resepi baru dan mudah.. rasa gembira datang apabila sajian mama digemari anak-anak, suami bahkan rakan sepejabat..Kini mama juga mahu berkongsi pelbagai jenis resepi yang mama ambil melalui majalah, blog, rakan dan keluarga mahupun ciptaan mama sendiri bersama-sama anda. Selamat mencuba!!!