DAPUR MAMA

BLURBERY CHEESE TART







 (Ramai org nk oder tart ni, mama buat dlm beberapa jenis perasa selain blueberry, ada stawbery, jagung dan kiwi jgk...harga RM0.60/1biji minima tempahan  30 biji)




BAHAN UNTUK PASTRY:

55 gula kastor
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

*** menggunakan gula kaster menjadikan kulit pastri lebih ranggup

Cara-cara
1.  Satukan gula kaster dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi sebati
2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu).  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Kemaskan lebihan dibahagian atasnya.
4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.


BAHAN UNTUK FILLING:
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising (klu xsuka manis blh kurangkan)
50gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus

Filing  :  Blueberry
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1.  Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati.
2.  Masukkan telur, jus lemon putar sekejap   hingga adunan sebati dan tidak berketul.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
4.  Ambil kulit tart, pipekan sedikit  filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
5.  Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit  pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
 5.  Bakar sekejap selama 5-8 minit.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu. 4.  Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.


BUBLE RISE COKLAT ALMOND

picture ni mama ambik daripada blog citarasawan.blogspot.com







(Coklat ni memang sedap, tak sedar makan dh banyak.. klu mama buat kejap je abis, alif dan qistina mengheret balang ke depan TV)




Bahan A
200gm rice bubble
200gm mentega cair

Bahan B (dibakar dahulu)
200gm serbuk badam / gajus
100gm badam cincang (almond nibs)

Bahan C
250gm coklat masakan
50ml minyak jagung

Hiasan : manik berwarna atau disukai

Cara-cara :
1.  Gaul bahan A hingga rata, kemudian bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
2.  Bahan B dibakar terlebih dahulu, kemudian satukan bersama bahan A, gaul hingga rata.
3.  Masak bahan C secara double boil, biar coklat cair angkat dan masukkan minyak jagung, gaul rata.  Kemudian masukkan bahan A dan B tadi.  Sudukan ke dalam mangkuk kertas, tabur dengan bahan hiasan dan biarkan sehingga coklat membeku.



UDANG LEMON MADU                 
















(Masakan ni paling senang sekali, xsampai 15 minit dh siap)

BAHAN-BAHAN:

500 gm udang laut (klu udang biasa pun blh, bersihkan buang kepala dan belah balakang badanya jgn sampai putus)
2 sudu perahan lemon
secubit garam
sedikit serbuk perasa
2 sudu madu
1 sudu sos tiram
1 sudu gula
1 susu butter untuk mengoreng

CARA-CARA:

campur semua bahan2 diatas dan kacau sebati, kemudian sapu dengan berus pada isi udang dan perap 1 jam, goreng dengan kuali non stick pan dengan 1 sudu majerin atau butter.


KEK GULUNG















BAHAH-BAHAN:

70 gm Tepung Gandum
1 sudu susu tepung
(ayak tepung dan susu bersama)
3 biji telur
60 gm gula kastor (klu nk letak filling jem baik kurangkan nanti manis sgt)
60 ml minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu ovellate
3 warna kegemaran masing-masing

CARA-CARA:

  • Pukul telur bersama gula dan ovellate sehingga sebati, masukan esen vanilla
  • Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tektur sebati diikuti dengan minyak jagung
  • Ambil 4 sudu aduanan dan warna kan dengan warna pilihan selebihnya letakan diatas baking paper (sapu majerin diatas aking paper terlebih dahulu) dan ratakan kira-kira setebal 1 cm
  • Letakan adunan yang diwarnakan tadi diatasnya secara bertompok (tidak perlu ratakan)
  • Jika hendak buat corak pun boleh, lorek sahaja warna-warna tersebut dengan lidi)
  • Bakar dengan suhu 170 darjah selama 15 minit, sejukan kek, terbalikan (yang berwarna dibawah, alas dgn baking paper) dan boleh la sapukan dengan filling pilihan anda. gulung perlahan-lahan dan boleh la dipotong.

CEKMEK MOLEK


BAHAN-BAHAN:

500 gm keledek (kalau pakai keledek merah lagi cantik)
dibuang kulit dan direbus serta dilenyekkan
250 gm tepung gandum @ ikut bancuhan
secubit garam
gula

CARA-CARA:

  • Campurkan tepung gandum dengan keledek yang telah direbus dan dilenyek bersama garam.
  • Bulatkan adunan sebesar bola pimpong dan masukan kira-kira 1 sudu kecil gula di dalamnya.
  • Bentukan bujur-bujur seperti gambar dan goreng sehingga kekuningan