Rabu, 30 Mac 2011

KAU PERGI JUA..


Pada jam 9.30 malam 17.03.2011 terpahat dalam ingatan ini tatkala menerima panggilan telifon dari Angah yang memberitahu bahawa Maksu telah kembali pada yang menciptaNYA. Mama tak mampu berkata-kata saat itu, sebab tidak menyangka berita itu diterima kerana yang sedang tenat adalah Pakcik sepupu saudara mama. Sedihnya hanya tuhan yang tau, air mata mengalir deras. jam 11.30 malam kami pulang ke Teluk Intan, sepanjang perjalanan mama asyik terbayangkan wajah arwah, senyumanya dan suaranya. Paling tidak dapat dilupakam adalah semasa pertemuan kali terakhir kami pada bulan November 2010 lalu, Arwah beria-ria hendak bertemu Abah yang ketika itu baru pulang dari Tanah Suci Mekah, masa itu mama tahu keadaan Maksu sudah makin kritikal, dia semakin lesu dan lemah, dalam pertemuan itu kami sama-sama menangis entah sebab ape, mama pun tidak pasti... mungkin arwah tahu, itulah pertemuan kali terakhir kami. Sebenarnya...Maksu telah dia mengidap penyakit Kanser Payudara, kalau tidak silap sejak 5-6 tahun lalu lagi. Sekejap ok, sekejap tidak. hospital tu la rumah keduanya.... Kimoterapi jangan cerita la, pelbagai jenis rawatan juga telah dicubanya, hanya arwah yang tahu bertapa siksanya dia melawan penyakit itu....sedar2 jam 6.30 pagi kami tiba di kampung halaman. Bertemu Opah, Atuk, Mak long dan Mak Ngah. Setelah berehat seketika kami pun kerumah Arwah.. Wajahnya suci, itulah kali terakhir Mama melihatnya. Ya Allah, ampuni la segala dosa-doanya... semoga pemergiannya pada hari jumaat yang mulia itu diredai MU ya Allah. Bila melihat sijil kematianya tertulis "Brest Cancer Stage IV" Mama tahu, dia begitu tabah melawan penyakit sehingga ke peringkat itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan golongan orang yang beriman ... Amin (AL-FATIHAH)

Jumaat, 11 Mac 2011

My lil Princess Nur Qistina Birthday










Sedar-sedar my 'adik' (panggilan di rumah)dh pun masuk 3 tahun.. begitu petah bercakap dan bijak sekali. Mama harap anak mama ni akan jadi anak yang solehah, sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki. Masih teringat lagi saat kelahiranya di HUSM Kubang Kerian Kelantan, Mama pecah air ketuban jam 4 pagi tapi masih tak merasa sakit lagi.. dalam hati biarlah tunggu pagi sebab nak merasa nasi kerabu.. heheh...tapi Abah yang sangat gelabah bagi tau kat Tok Mek yang mama dah Pecah air ketuban, ape lagi... dah tak boleh tunggu pagi lagi la ni...mama pun dipaksa ke HUSM terus, haduii... melepas la nak rasa nasi kerabu tu... dah masuk bilik saringan baru la mama terasa sakit sikit-sikit... bukaan baru 6cm,, Dr. tanya 'awak ni jenis yang cepat bersalin ke? " mama jawab, entah la.. dulu masa kelahiran anak sulung, memang cepat 3 jam je sakit terus bersalin... mendengar kata-kata itu terus disorong mama ke labour room. jam baru pukul 5.30 pagi sampai la jam 9.45 pagi.. baru la mama terasa nak push, tapi nurse kata belum lagi, sebab last time dia check bukaan baru 7cm. Saat tu mama dah tak kira dah... mama push jugak, bila nurse tengok kepala dah keluar terus dia berlari nak buka peralatan yang memang terbungkus atas meja tu, paling mama tak boleh nak lupa, siap suruh abah tolong dia lagi.. hahah lawak-lawak, akhirnya lahir la anak perempuan idaman abah seberat 3.3kg (memang abah nak baby gurl sebab along kan boy).. besar dan semangat sekali.... walaupun kesakitan dan fobia mama lebih teruk sebab adik lahir dengan keaadaan tali pusat terbelit, so mama kene tahan sakit sebab nurse kene potong tali pusat dulu than baru mama boleh sambung teran, tapi mama bahagia dan bangga dengan kehadiran Adik... Pagi tadi sebelum ke Taska, mama dah siapkan cup kek yang mama dah pack-pack dalam kotak. so boleh la teacher Adik bagi kat kengkawan.. so sad because mama tak dapat bercuti hari ni sebab kat opis mama tu ramai la umat yang dah bercuti, ape boleh buat.. kita celebrate je la birthday Qistina di rumah ngan Abah dan Along..

Selasa, 8 Mac 2011

Menjelang Birthday Qistina

Diam tak diam anak perempuan mama dh nak masuk 3 tahun (hihi... dh 3 tahun xde baby kat umah)... so mama fikir-fikir, ape benda nak buat utk birthdaynya kali ini. Memandangkan cuti pun tak dpt (pasal ramai yg bercuti kat opis) mama cadang nak bagi doorgift je pada member-member Taska cilik, dan jiran-jiran sekitar Kuarters ni. Dalam fikiran ni dah plan nk wat Cupcake dan home made coklat (memandangkan percubaan buat coklat menjadi), tapi pandai ke mama nk deco cup cake, bila wat reasearch pic kat blog dan web orang lain mcm confident la plk...try je la.. ok guys kita tengok hasilnya nanti.