Khamis, 14 April 2011

SAKIT

Lamanya x up-date blog ni...mama pun x sihat kene macam2 penyakit, mula batuk2 je pastu selsema dan demam.. tapi still blh pegi opis kerja macam biasa sb demam xkuat sangat. Tapi lepas 2-3 hari msh xok jgk, nk tido malam pun xblh sebab batuk teruk sangat. hari yang ke 3 demam bintik-bintik merah timbul kat kaki ngan tangan mama, masa tu dah rasa xsedap hati sebab fikir ni mesti bukan demam biasa. Mama terus ke klinik kerajaan, pastu kene ambil darah, mujurlah bukan demam denggi yang pasti demam campak... dapat la mc 2 hari. Masa tu baru la mama perasan yang bintik2 tu dh ada pada seluruh badan.. huhuhu seksanya sebab mama memang tak pernah lalui pengalaman ni. Dulu masa mama anak dara penah la kene chiken pox, memang teruk masa tu nk makan pun xboleh sebab dalam tekak pun ada. Kali ni walaupun xteruk sangat demam nya, tapi batuk yang dah masuk 3 minggu ni memang perit, dh macam-macam ubat try ni segala jenis ubat batuk dh telan, yang mahal, yang murah semuanya dh try... tapi masih belum lega jgk. Mama pun dh give up, biarlah batuk ni hilang sendiri. Balik pada demam campak tu, nasib la Abah belikan kelapa muda, pas mama minum airnya semua bintik keluar, senang la cepat baik nanti. Mujurlah anak-anak mama xkene penyakit ni, kalau tak, susuh la hati mama.

Ahad, 3 April 2011

Rossa - Ayat-ayat Cinta

FISHING IS FUN!!








Hampir setiap petang minggu mama dan family pergi memancing, kiranya ni hobi baru mama yang dh ketagih menyentap patang pancing yang dimakan ikan... heheh, dulu suka tengok je, tapi bila kita rasa sendiri uii... best pulak. Umpan wak-wak (sejenis cacing besar yang panjangya hampir 1 meter) menjadi pilihan sebab ikan suka makan pancing umpan ni, tak lama tunggu br je campak umpan dh disentap ikan. Walaupun kami tak makan ikan-ikan yang ditangkap sebab lepaskan balik, (macam program monster fish pulak). Saja suka-suka je, Batang pancing tak boleh banyak-banyak nanti tak sempat nk jaga pulak, yang pasti Alif pun ada satu. Harap-harap suatu hari nanti boleh ubah angin pergi memancing kat laut dalam pulak (huhu bole ke, sebab abah mabuk laut)