Isnin, 2 Mei 2011

SELAMAT TINGGAL MERSING

Assalamualaikum...











lamanya Mama xupdate blog ni, sibuk sgt la dengan kerja di opis dan rumah. Ada beberapa berita ni nk bagi tau, Mama dah dapat tukar ke negeri kesayangan Mama iaitu PERAK.. haii memang lama Mama mengidam nak balik negeri sendiri ni setelah puas menunggu akhirnya impian Mama menjadi kenyataan jugak.. gembira betul Mama masa mula-mula dapat berita ni. Setelah 7 tahun berada di negeri johor ni keinginan untuk bertukar angin sangat menebal...memandangkan jarak untuk pulang kedua2 kampung pun sgt2 jauh, budjet pun selalu lari sebab mama kene kumpul duit untuk balik kampung. Tapi yang merungsingkan ni bila tengok barang2 rumah punya la banyak nk dikemas, nasib baik Abah ringan tulang membantu, Aduhai trauma betul bila nak fikir pasal pindah ni. bukan ape mesti penat gila. Anyway rasa gembira ini sebenarnya sama byk dgn rasa sedih jgk.. nak meninggalkan kawan yang dah mcm family sendiri, tapi Insyaallah semuanya akan ok.. semoga bertemu lagi ditempat kerja baru dengan suasana baru.. doakan mama dpt sesuaikan diri ye...Amin