Khamis, 2 Ogos 2012

Lamanya takde entry baru....

Assalamualaikum.....Ish, ish...lamanya mama tak berblog, abis semua bersawang sawang blog mama ni, heheh...tapi takpe, kesibukan yang melanda ada baiknya, Alhamdulillah rezeki tak putus, tambah pulak kita dalam bulan Ramadhan ni. Anak mama Alif sayang dah mula belajar berpuasa, boleh la sikit-sikit, yang tak tahanya asyik mengadu haus je. Kadang-kadang kesian pulak, maklumlah cuaca panas sekarang ni. Balik sekolah je, mulalah mama penat nak memujuk dia yang dibelenggu kehausan. Harap-harap tahun ni memberi dia pelajaran bagaimana cara kita menahan diri daripada lapar dan dahaga. Walaupun tak dapat berpuasa pada setiap hari, tapi mama bangga sebab Alif ada kesungguhan untuk berpuasa dan bersemangat sekali tatkala tiba waktu berbuka, tapi waktu sahur...herm..makan nasi pun mata tutup..hehehhe.....

Sabtu, 3 Mac 2012

Qistina Mama..

Anak bungsu mama ni dh berusia 4 tahun 11 March ni...sekarang nak pegi sekolah dah tak ada masaalah lagi. Kalau dulu nak kejutkan pun payaahnyer....mungkin sebab dia bosan dan masih kecil lagi. Kalau dulu lepas balik sekolah tadika jam 12.00 dia dah terlena ngan sebotol susu sekarang bila sampai rumah, sempat lagi dia main komputer dan menonton TV dahulu.Harap anak bongsu mama ni dapat menjadi anak yang solehah, anak yang berjaya dunia akhirat, itulah doa wajib mama selepas solat.Oh iye... Qistina yang kuat melaram ni dh belajar pakai tudung...Alhamdulillah.........


Jumaat, 16 Disember 2011

projek cuti sekolah

Assalammualaikum semua... ini lah dia projek cuti sekolah kedua anakanda mama tersayang, wat homemade coklat sendiri. hari ni mereka berdua tersangatlah boring mam tengok.. kesian pulak, tu la... bila cuti sekolah kena la wat sesuatu aktiviti untuk mereka. homemade coklat i amat mudah dan senag dilalukan..janji ade coklat dan mould coklat dah ok dh...jom tengoj hasil kerja mereka berdua.


Selasa, 13 Disember 2011

POP KEK

Hai semua, penah makan pop kek tak? ini mama nak kongsikan hasil tangan mama iaitu pop kek, paling mudah nak sediakan, asal ada coklat dan ape2 jenis kek pun bole. Tapi mama pilih kek coklat pasal kek ni menjadi kegemaran anak2 mama. senang aje... resipi seperti di bawah ini

BAHAN-BAHAN

Kek coklat (optional, ape2 jenis kek pun bole)
coklat compaun ( mama pilih brand colatta dark coklat)
lidi lolipop (ade jual kat bakery shop)
coklat putih (optional)
manik2 hiasan (ataupun kekacang)

CARA-CARA

Hancurkan kek coklat, kemudian buat bulat2 kira2 sebesar duit syiling 50 sen
sejukkan dalam freezer kira 15 minit

cairkan coklat compaun, ambik kek coklat td, ambil lidi lilopop buatkan lubang, celupakan lidi lolipop dengan coklat cair dan cucuk kek coklat tadi simpan lagi dlm freezer dalam 10 mnt

ambil kek tadi kemudian celupkan dengan coklat cair dan hias kan dengan manik2 hiasan atau pun coklat putih yang telah dicairkan. Kalau nak sedap lagi boleh la tabur almond nib atau kekacang lain.

siap di hidang, untuk elakan cair bolelah simpan dalam freezer.

(hiasan manik2 atau kekacang hendaklah diletakan dgn cepat kerana coklat akan capat mengeras kerana kek berada dlm keadaan sejuk)




Isnin, 12 Disember 2011

Assalamualaikum Wbt... selamat pagi semua. Mama baru sudah menjemur kain.. 2-3 hari ni cuaca tak berapa cerah, so kain memang menimbun dlm bakul. Alif dah ke tadika pagi ini. Qisina pun bangun awal jugak. Siap mandi dan breakfast lagi. Hari masih mendung lagi, Pantai Timur dah stanby untuk gelombang banjir kedua. Pahang pun dh start banjir.. nasib la rumah mek xpernak banjir walaupun berada di pantai timur. Hari ni banyak benda nak buat sebenarnya. Nak ke Bank kemaskini akaun, edit picture alif konvokasyen, pastu nak pergi antar cuci gambar tu. Nak ke Teluk Intan bawak Mak yang nak shopping kasut, sebab minggu depan mak dan abah nak ke Melaka rombongan JKK kg. Harap semuanya berjalan lancar. Esok dh start kerja semula, tapi dalam hati nak jgk try buat Pop kek sebab kek coklat dh buat semalam. Anyway semoga hari ni dipermudahkanNYA insyaallah.

Sabtu, 10 Disember 2011

KENDURI KAHWIN


Assalamualaikum... ape la dibuat malam2 ni wat post baru e... hihi.. sebenarnya mama nak tayang gambar kahwin sepupu mama yang baru berlangsung semalam dan hari ni. ini lah kesempatan mama tunjuk bakat jadi photographer dan editing gambar. untuk pengantin baru selamat pengantin baru, semoga bahagia selalu, di kurniakan zuriat yang soleh solehah dan diberkati dunia akhirat. Tq juga pada saudara mara yang hadir dan keluarga waklong semua atas kerjasama dan penat lelah menjayakan majlis ini. untuk anda semua enjoy below photo yer....
Tambah kapsyen


Isnin, 5 Disember 2011

AIR TANGAN KU

Assalamualaikum wbt... selamat pagi semua.. bagun kol berapa hari ni? mama bagun awal pagi sebab si Sulung mama kene ke tadika hari ni walaupun sekarang sedang cuti sekolah. Sebab cikgunya adakan kelas untuk kanak2 usia 6 tahun. memang agak liat putera mama bangun pagi tadi, maklum la dh lama xbangun awal. Malam tadi pun tido lewat sebab mama bawak pergi Dinner akhir tahun tempat kerja mama. Semuanya berjalan lancar. Semua dapat hadiah dan happy pulang semasa acara abis. Tapi yang mama nak cerita kat sini adalah kek hasil tangan mama yang abis di ngaapp boleh member2 mama. Tq sebab ada yang memuji kesedapan kek itu... Insyaallah ada rezeki kita rasa kek yang lain pulak ye... Anyware happy sgt malam tadi, ade rezeki kita wat lagi makan2 ye geng!