Jumaat, 16 Disember 2011

projek cuti sekolah

Assalammualaikum semua... ini lah dia projek cuti sekolah kedua anakanda mama tersayang, wat homemade coklat sendiri. hari ni mereka berdua tersangatlah boring mam tengok.. kesian pulak, tu la... bila cuti sekolah kena la wat sesuatu aktiviti untuk mereka. homemade coklat i amat mudah dan senag dilalukan..janji ade coklat dan mould coklat dah ok dh...jom tengoj hasil kerja mereka berdua.


Selasa, 13 Disember 2011

POP KEK

Hai semua, penah makan pop kek tak? ini mama nak kongsikan hasil tangan mama iaitu pop kek, paling mudah nak sediakan, asal ada coklat dan ape2 jenis kek pun bole. Tapi mama pilih kek coklat pasal kek ni menjadi kegemaran anak2 mama. senang aje... resipi seperti di bawah ini

BAHAN-BAHAN

Kek coklat (optional, ape2 jenis kek pun bole)
coklat compaun ( mama pilih brand colatta dark coklat)
lidi lolipop (ade jual kat bakery shop)
coklat putih (optional)
manik2 hiasan (ataupun kekacang)

CARA-CARA

Hancurkan kek coklat, kemudian buat bulat2 kira2 sebesar duit syiling 50 sen
sejukkan dalam freezer kira 15 minit

cairkan coklat compaun, ambik kek coklat td, ambil lidi lilopop buatkan lubang, celupakan lidi lolipop dengan coklat cair dan cucuk kek coklat tadi simpan lagi dlm freezer dalam 10 mnt

ambil kek tadi kemudian celupkan dengan coklat cair dan hias kan dengan manik2 hiasan atau pun coklat putih yang telah dicairkan. Kalau nak sedap lagi boleh la tabur almond nib atau kekacang lain.

siap di hidang, untuk elakan cair bolelah simpan dalam freezer.

(hiasan manik2 atau kekacang hendaklah diletakan dgn cepat kerana coklat akan capat mengeras kerana kek berada dlm keadaan sejuk)




Isnin, 12 Disember 2011

Assalamualaikum Wbt... selamat pagi semua. Mama baru sudah menjemur kain.. 2-3 hari ni cuaca tak berapa cerah, so kain memang menimbun dlm bakul. Alif dah ke tadika pagi ini. Qisina pun bangun awal jugak. Siap mandi dan breakfast lagi. Hari masih mendung lagi, Pantai Timur dah stanby untuk gelombang banjir kedua. Pahang pun dh start banjir.. nasib la rumah mek xpernak banjir walaupun berada di pantai timur. Hari ni banyak benda nak buat sebenarnya. Nak ke Bank kemaskini akaun, edit picture alif konvokasyen, pastu nak pergi antar cuci gambar tu. Nak ke Teluk Intan bawak Mak yang nak shopping kasut, sebab minggu depan mak dan abah nak ke Melaka rombongan JKK kg. Harap semuanya berjalan lancar. Esok dh start kerja semula, tapi dalam hati nak jgk try buat Pop kek sebab kek coklat dh buat semalam. Anyway semoga hari ni dipermudahkanNYA insyaallah.

Sabtu, 10 Disember 2011

KENDURI KAHWIN


Assalamualaikum... ape la dibuat malam2 ni wat post baru e... hihi.. sebenarnya mama nak tayang gambar kahwin sepupu mama yang baru berlangsung semalam dan hari ni. ini lah kesempatan mama tunjuk bakat jadi photographer dan editing gambar. untuk pengantin baru selamat pengantin baru, semoga bahagia selalu, di kurniakan zuriat yang soleh solehah dan diberkati dunia akhirat. Tq juga pada saudara mara yang hadir dan keluarga waklong semua atas kerjasama dan penat lelah menjayakan majlis ini. untuk anda semua enjoy below photo yer....
Tambah kapsyen


Isnin, 5 Disember 2011

AIR TANGAN KU

Assalamualaikum wbt... selamat pagi semua.. bagun kol berapa hari ni? mama bagun awal pagi sebab si Sulung mama kene ke tadika hari ni walaupun sekarang sedang cuti sekolah. Sebab cikgunya adakan kelas untuk kanak2 usia 6 tahun. memang agak liat putera mama bangun pagi tadi, maklum la dh lama xbangun awal. Malam tadi pun tido lewat sebab mama bawak pergi Dinner akhir tahun tempat kerja mama. Semuanya berjalan lancar. Semua dapat hadiah dan happy pulang semasa acara abis. Tapi yang mama nak cerita kat sini adalah kek hasil tangan mama yang abis di ngaapp boleh member2 mama. Tq sebab ada yang memuji kesedapan kek itu... Insyaallah ada rezeki kita rasa kek yang lain pulak ye... Anyware happy sgt malam tadi, ade rezeki kita wat lagi makan2 ye geng!



Jumaat, 2 Disember 2011

FELT CRAFT??

Ape benda ni? hihi baru dapat hobi ni sebab dok tengok blog2 member mama yg lain. geram dan rs nk cuba plk..bila dh try menjadi rasa seronok.Ini lah dia felt craft, craft tangan yang mengunakan teknik jahitan dan kain felt yang kebanyakan di import dari luar negara. Bukan ape, bila tengok kalau kena gaya boleh jadi macam, cekak rambut, keychain, hp case dan byk lagi.. jom cuci mata ape hasil kerja tangan mama....










Marina Cove














Sempena cuti sekolah ni tengok anak2 yg dah boring dok umah, maka mama dan Mak Long pun bercadang nak bawa derang semua pegi berendam dlm air...sekurang-kurangya ada la derang story nk cerita kat kengkawan nanti. Dari duduk rumah tengok Tv dan main je.Paling tidak pun ngadap internet dan main game. Setelah Mak Long confirm kan booking hotel, kami bertolak ke Lumut pada jam 10.15 pagi 30hb Nov 2011. Alhamdulillah sepanjang perjalanan semuanya lancar sahaja. sampai di Teluk Batik kira2 jam 11.40 pg. Selesai ambik port berehat, maka semua anak2 mama, Adriana dan Haziq memang dah xsabar sgt nk terjun dalam air laut tu. Kebetulan cuaca pun baik dan panas.. Aduyai gelap la kulit derang semua tu. Tapi xpe la sekali sekala. Bila tengok semuanya happy, mama pun happy jgk.hihi...sebab mama pun ikut sekali berendam.. memang best sebab dh lama x lepas geram mandi laut. Kalau dulu duduk kat Mersing memang selalu la dapat peluang ini.

Lebih kurang Jam 2.20 ptg kami dah check in di hotel Marina Cove. Selesai makan, Anak mama dah xsabar pulak nak terjun ke Kolam renang hotel tu. Nasib la bilik hotel kami memang ngadap swemming pool, jadi dapat la pantau derang dari bilik hotel je. kat bawah ni mama nk share picture2 percutian kami tu.. Hope klu ade rezeki nak pegi lagi, kali ni nak bawak family mak ngah sekali.