Selasa, 13 Disember 2011

POP KEK

Hai semua, penah makan pop kek tak? ini mama nak kongsikan hasil tangan mama iaitu pop kek, paling mudah nak sediakan, asal ada coklat dan ape2 jenis kek pun bole. Tapi mama pilih kek coklat pasal kek ni menjadi kegemaran anak2 mama. senang aje... resipi seperti di bawah ini

BAHAN-BAHAN

Kek coklat (optional, ape2 jenis kek pun bole)
coklat compaun ( mama pilih brand colatta dark coklat)
lidi lolipop (ade jual kat bakery shop)
coklat putih (optional)
manik2 hiasan (ataupun kekacang)

CARA-CARA

Hancurkan kek coklat, kemudian buat bulat2 kira2 sebesar duit syiling 50 sen
sejukkan dalam freezer kira 15 minit

cairkan coklat compaun, ambik kek coklat td, ambil lidi lilopop buatkan lubang, celupakan lidi lolipop dengan coklat cair dan cucuk kek coklat tadi simpan lagi dlm freezer dalam 10 mnt

ambil kek tadi kemudian celupkan dengan coklat cair dan hias kan dengan manik2 hiasan atau pun coklat putih yang telah dicairkan. Kalau nak sedap lagi boleh la tabur almond nib atau kekacang lain.

siap di hidang, untuk elakan cair bolelah simpan dalam freezer.

(hiasan manik2 atau kekacang hendaklah diletakan dgn cepat kerana coklat akan capat mengeras kerana kek berada dlm keadaan sejuk)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan