Khamis, 2 Ogos 2012

Lamanya takde entry baru....

Assalamualaikum.....Ish, ish...lamanya mama tak berblog, abis semua bersawang sawang blog mama ni, heheh...tapi takpe, kesibukan yang melanda ada baiknya, Alhamdulillah rezeki tak putus, tambah pulak kita dalam bulan Ramadhan ni. Anak mama Alif sayang dah mula belajar berpuasa, boleh la sikit-sikit, yang tak tahanya asyik mengadu haus je. Kadang-kadang kesian pulak, maklumlah cuaca panas sekarang ni. Balik sekolah je, mulalah mama penat nak memujuk dia yang dibelenggu kehausan. Harap-harap tahun ni memberi dia pelajaran bagaimana cara kita menahan diri daripada lapar dan dahaga. Walaupun tak dapat berpuasa pada setiap hari, tapi mama bangga sebab Alif ada kesungguhan untuk berpuasa dan bersemangat sekali tatkala tiba waktu berbuka, tapi waktu sahur...herm..makan nasi pun mata tutup..hehehhe.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan